KUALA LUMPUR: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 akan menjadi acara yang lebih memperkaya dan bermaklumat apabila Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersedia untuk memperkenalkan Platform 'Hab Pengetahuan' yang dinanti-nantikan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata platform dinamik itu bertujuan menyediakan perspektif komprehensif mengenai cabaran dan peluang dalam industri halal global, dengan mengetengahkan barisan pakar dan pemimpin dalam bidang masing-masing yang mengagumkan.
"Ini menunjukkan komitmen kami dalam menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan dan kemudian mengubahnya menjadi pandangan boleh laksana seterusnya boleh mendorong industri ke arah kemajuan.
"Penglibatan pakar dari pelbagai negara menunjukkan dedikasi kami untuk mengadakan sebuah wacana menyeluruh yang merangkumi sudut pandangan global," katanya dalam kenyataan semalam.
Berlandaskan peranan MIHAS 2023 sebagai platform untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan dan kerjasama, 'Hab Pengetahuan' itu akan dikendalikan oleh pemimpin perniagaan terkemuka yang mewakili dewan perniagaan dan persatuan perdagangan.
Sebagai antara tumpuan utama, 'Hab Pengetahuan' akan menampilkan sesi 'Bertemu Pakar' dengan pembeli premium akan membincangkan mengenai peluang dan keperluan penyumberan bagi syarikat Malaysia untuk menyertai rantaian bekalan pasaran.
"Sesi itu juga akan menampilkan pengeksport Malaysia yang telah berjaya menembusi pasaran untuk berkongsi pandangan dan kisah kejayaan dalam usaha eksport mereka.
"Topik yang dibincangkan semasa sesi 'Bertemu Pakar' juga akan merangkumi cabaran perniagaan dan isu termasuk penerimagunaan pendigitalan dan kemampanan yang penting bagi industri dalam melalui landskap kawal selia yang kompleks dan nuansa budaya untuk mewujudkan tapak di pasaran asing," katanya.
Perbincangan juga akan menyelami pengalaman berharga pembeli dan penjual yang terlibat dalam perdagangan rentas sempadan.
Pertukaran pandangan ini akan memberikan perspektif 360 darjah mengenai selok-belok urus niaga perniagaan antarabangsa dalam industri halal, memperjelas berhubung amalan terbaik, kesulitan yang perlu dielakkan serta kisah kejayaan untuk dicontohi.
MIHAS 2023 yang dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta dianjurkan oleh MATRADE akan berlangsung pada 12 hingga 15 Sept, 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
MIHAS adalah pameran terbesar dunia yang dikhususkan untuk industri halal, dan penganjuran kali ini merupakan edisi ke-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
MIHAS adalah pameran terbesar dunia yang dikhususkan untuk industri halal, dan penganjuran kali ini merupakan edisi ke-19. - Gambar fail
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan
Peru berhasrat menjadi pengeksport produk makanan halal selepas memperoleh sijil halal Malaysia tahun ini.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia dan UAE raih kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global tahun ke-10 berturut-turut
Malaysia raih kedudukan teratas dalam GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut - HDC
Malaysia sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).
Jakim meterai MoU pembangunan bidang halal bersama Brunei, Indonesia dan Singapura
Ia antara lain melibatkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang pensijilan halal selain pertukaran hasil penyelidikan.
Sektor berkaitan Islam, halal, mesra Muslim dijangka bernilai RM35.7 trilion menjelang 2025 - Fahmi Fadzil
Malaysia mengekalkan status kepimpinan globalnya dalam sektor itu selama sembilan tahun berturut-turut seperti yang diiktiraf GIEI.
MATRADE akan perkenal Platform 'Hab Pengetahuan' pada MIHAS 2023
Platform dinamik itu bertujuan menyediakan perspektif komprehensif mengenai cabaran dan peluang dalam industri halal global.
Malaysia perlu manfaatkan kepakaran dalam industri halal - PM
Perdana Menteri berkata terdapat beberapa cabaran yang harus ditangani dalam industri halal, antaranya memastikan kecepatan dan efisien dalam pengeluaran sijil halal.
MIHAS 2023: Hab pengetahuan MATRADE tumpuan utama bagi perbincangan perspektif industri halal
Matrade optimis capai sasaran jualan eksport RM2.1 bilion menerusi pameran edisi ke-19 ini, yang bakal berlangsung bermula 12 -15 September ini.
Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im
Proses pengharmonian undang-undang di Malaysia yang bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, berdepan cabaran dan tentangan.